Monday, February 21, 2011

mee celup!!

Assalamualaikum...

Saya Syeika,anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.Saya suka warna biru.(takde motif kan) Cuaca hari ni suam-suam kuku,tak panas tak sejuk.Matahari macam malu-malu tikus gitu nak keluar.

Hari ni perut aku dah mula mintak mee celup,aku tak boleh nak buat ape da,kalau tak ikut,merajuk nanti,sape yang susah?aku gak kan?nasib baik hari ni cuaca best,aku pun tak pakai wedges.Senang nak merentasi batu-batu tu,lau tak mahunya tak terpeliok aku kalau pakai wedges.Sape yang susah kalau aku terpeliok??Hari ni aku nak snap gambar mee celup yang aku selalu bangga-banggakan kesedapan rasanya tu.Aku macam nak suh kamu-kamu jeles.haha,okey tak erk kalau aku buat macam tu?mesti ok kan?:)

Ermm,hari ni takde keje sangat,tu pasal aku leh hadap laptop aku yang comel berkulit harimau ni.Sambil-sambil tu aku sajikan telinga aku ngan lagu-lagu yang boleh layan kerenah kepala aku ni.Best kan??jangan jeles kamu-kamu.hehehee.Okey la,aku nak out da.nak lunch.Selamat makan tengah hari semua.semoga makanan yang korang makan untuk lunch ni sedap dan mampu membuatkan perut korang bahagia.Bubye!!
Assalamualaikum.

Sunday, February 20, 2011

Senyum la awak..

Assalamualaikum..

Saya Nursyeika Farhana Binti Mohammad Nor.Saya suka makan.hehehe..Hari ni pagi-pagi aku dah senyum lebar punyer,memang terbaik punyer senyum.Senyum tu pengubat jiwa.Bangun je dah senyum da,padahal mata pun tak bleh nak bukak lagi.Yang membuatkan aku senyum di pagi hari lagi,sebab kan,Dr Azizan Bin Osman pakar motivasi tu cakap,kalau nak sepanjang hari kita lebih bahagia walaupun ada situasi yang tidak menyenangkan,SENYUM la penawarnya,berikan senyuman yang paling manis.Sebab itu lah pagi-pagi lagi aku da senyum lebih manis lagi dari gula tau.:)

Hari Jumaat hari tu aku ngan mama aku join satu program motivasi yang di motivasikan oleh Dr Azizan Bin Osman bertempat di New Pacific Hotel,Kota Bharu,dekat je ngan rumah aku,ade la dalam 5  minit.Sape tak kenal Dr Azizan Osman tu memang katak bawah tempurung.ehehe.Memang best gile wa cakap lu,da la tak mengantuk,memang terbaik.Sape-sape yang ada nampak iklan ke ape ke pasal program motivasi ni,baik korang join,tak rugi langsung.Promote sikit.hehe.



Tapikan aku tak sempat la nak snap gambar,aku rimas nak snap gambar time ramai orang.huhu..
Sambutan memang menggalakkan,memang ramai sangat orang datang.Masa nak masuk dewan tu pun macam sardin,nak naik lif pun bersesak-sesak macam sardin Ayam Brand dalam tin tu.Aku nasihatkan korang,bukak la akhbar Metro tu,tengok part advertise pasal program ni,pastu buat la pilihan yang bijak.

SENYUM JANGAN TAK SENYUM:)




COMELKAN KALAU SENYUM??:)

Wednesday, February 16, 2011

Semalam punya hal..

Assalamualaikum...

Di hari yang tak seberapa nak panas ni,rasa nak makan mee celup plak.tapi malas plak nak jalan kaki pi kedai Kak Limah kat belakang ni.Bukan aku tak nak bakar 'lemak-lemak' degil ni,tapi hari ni aku pakai wedges la,susah nak jalan,dah la jalan kat belakang ni berbatu-batu,bulan lepas last aku pegi kedai Kak Limah,time on the road tu,bley plak kaki aku terpeleok.Besok je la pi makan mee celup Kak Limah.Aku harap perut aku tak mintak mee celup la yer hari ni.

Panjang plak aku melalut ni..Semalam yang bertarikh 15/02/2011 berhari Selasa,semua umat Islam menyambut Maulidur Rasul.Kerja banyak cuti termasuk aku.Dalam pada itu,mak cik aku,adik kepada mama aku buat makan sikit,ada orang datang merisik anak mak cik aku yang nombor dua,yang comel paras rupanya,Master dalam gengaman.(sepupu aku la kan)eheeheee..Mak cik aku(Suyah) tak masak,tapi tempah catering,senang,mudah,tak penat katanya.Aku sokong tu.uhuu..lauk-pauknye memang menarik menusuk kalbu,mencucuk-cucuk lubang hidung ni bau dia.Memang terbaek la wa cakap lu.Menu semalam ialah ayam masak pedas,daging masak kerutuk,arca timun,sambal.Semua tu memang sedap sehingga menjilap ibu jari tangan yang montok tu.Menu sampingan yang mak cik(cik long) aku sorang lagi tu buat ialah puding gula hangus yang memang kaw-kaw die punyer rasa dan puding buah yang terserlah kemewahan mixed fruitnye.Aku boley plak lupe cream puff yang lazat berkrimeres di sukai ramai,sekali makan tak sampai 5saat da masuk terowong tekak da.Tapi kan,di sebabkan nak control makan la konon-kononnya,aku hanya menjamah nasik separuh pinggan sahaja,tapi lauk lebih la sikit kan.Bila ingat balik kan,rasa rugi plak tak makan banyak semalam.ehehee..

Cukup-cukup pasal makan memakan ni,aku nak kasi tau yang aku nak kawin lepas habis degree. wawawaa!!tengok orang datang merisik ni,boleh plak berangan time tu yang family my destiny plak datang merisik aku.gilak betul.Tapi tak salah kan??hehehhee.bila la nak habis belajar ni,ni pun baru je nak habis seround,ada satu round lagi.sabar yer Syeika syg.

Okey la,aku da nak out da,kul2 masuk keje lak ni.Nak masuk lambat banyak tak bley la kan,lewat sikit-sikit kire ok lagi,kalau lewat banyak-banyak,masuk ofis sendiri laa.;p bubye.salam.

Saturday, February 12, 2011

Macam-macam ragam..

Assalamualaikum...

Selamat bahagia,selamat berhari-hari,selamat ceria semua.Entry kali ni 'macam-macam ragam',nak tahu kenapa?Kisahnya bermula begini,pada tanggal 11/02/2011 yang jatuh pada hari Jumaat,aku,mama serta adik aku pagi-pagi lagi dah gerak pergi Bachok,ada member papa aku buat makan sikit sempena Maulidur Rasul.Yang pergi pagi-pagi lagi tu cuz nak tolong apa yang patut.Tepat jam 12.30 t/hari,kami di hidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk,antaranya gulai daging lembu,singgan daging lembu,ulam-ulaman yang di makan bersama budu cap 'Budu Soho Klate',serta air sirap oren yang sememangnya melegakan anak tekak di kala cuaca panas hangat. 

Selepas menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap belaka,kami bertolak pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan,radio Hitz.fm kami layankan.Setelah sampai di Kubang Kerian,aku tengok ramai remaja-remaja lelaki yang berbaju melayu dengan pelbagai warna pelangi lepak di tepi-tepi jalan dengan motor masing-masing.Dalam hati aku ni dah mula cuak,aku ingatkan ada kemalangan ke apa ke.Aku ngan mama dan adik aku ada gak usha-usha sebelah kiri,kanan,takde lak kereta langgar motor ke,motor langgar kereta ke,motor langgar motor,kereta langgar kereta ke,dan seangkatan dengannya.Macam pelikkan?tapi time tu orang sembahyang Jumaat.Mama aku cakap dorang tak dengar khutbah ni,mana taknye,time-time macam tu bleh plak dorang lepak-lepak bagai.Sembahyang Jumaat tu tak tau la kan.Memang ramai la wa cakap lu time tu dorang ni kat tepi jalan,agak berbulu gak la mata aku sebab tengok macam-macam warna baju dorang.Jalan Kubang Kerian tu memang straight je jalan dia.Dah nak dekat ngan lampu isyarat tu,aku  mula perlahankan kereta sebab time tu aku drive dalam 80km/j.Tiba-tiba aku di peranjatkan dengan 'superman' sebelah kiri kanan aku,punya la cuak aku,ntah-ntah sayap die tu lekat kat kereta plak kan.Lepas pada tu,teka-teki dalam kepala aku,mama dan adik terjawab sudah.Rupa-rupanya mamat-mamat yang lepak kat tepi jalan ni memainkan peranan sebagai penonton aksi-aksi keras yang merbahaya.Selama ni memang tu la kerja dorang time orang sembahyang Jumaat,pakai baju melayu konon,mesti mak ayah dorang ingat dorang g sembahyang Jumaat kan,tapi hampeh.Mentang-mentang polis tak beroperasi waktu tu,dorang plak yang beroperasi.

*ni ada la gambar-gambar yang aku sempat snap walaupun tengah drive.:)





Monday, February 7, 2011

Life must go on!!

Kehidupan.kehidupan.kehidupan.Ada suka dan duka,ada susah dan senang.Semuanya silih berganti.Masalah tak jemu-jemu bertandang tanpa di jemput.Ada ke yang jemput masalah?Bukan nama kehidupan kalau tak ada masalah,bukankah?Aku harap aku di beri kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.Jauh la ko wahai 'lemah',kalau ko berdegil gak,aku hempuk ko kuat-kuat.

Semoga aku dan kamu-kamu tabah,kental serta terpelihara daripada bebal-bebal yang bakal di tempuhi.insyaAllah..
                                     

'chill lex aje'








                                                            

Tuesday, February 1, 2011

Cim-cum??

Assalamualaikum..

Malam-malam macam ni terasa plak nak makan 'cim cum'.Bila ingat balik,rasa nak je g makan makanan tu.Tapi tu semua nafsu makan je,lagipun aku da makan nasik da malam ni.hhuuhu. exceli cim cum ni sejenis ** yang di makan bersama steambot.Aku xtau nak terangkan macam mana cim cum ni,mungkin sape-sape boleh bantu aku?hehehe..Tempat best makan cim cum ni kat Pengkalan Chepa,Kelantan la kan.Kalau xsilap aku nama restoran tu Village View.Satu kepala baru rm20.Rm20 tu semua leh makan,bermacam-macam jenis lauk seperti ayam kunyit,ayam black pepper,sotong,udang,bebola ikan,ketam dan banyak lagi pilihan lauk.Selain steambot,terdapat juga nasik air,mee goreng,kueh muih made in Kelantan,sayur-sayur pun ade,dan manyak lagi yer.Kalau nak di jadikan makan malam,better tengah hari tu xpayah makan la,tunggu malam untuk mengisi perut dengan steambot-steambot yang lazat tu.,Aku ni da macam nak promote restoran tu plak kan?lebih-lebih lak aku.Aku sebenarnye baru khamis lepas gi makan kat situ bersama-sama Erniey,Miratul dan Siti., tu la tibe-tibe teringat bende ni..ceh!!eheheh..



:: Amacam??tengok pun da menarikkan?rase die lagi gile-gile ::


::gaya-gaya makan steambot,ala-ala Korea gitu::
(macam perasan)



::Antara mereka-mereka yang menyertai::

Mood melayang-layang.

Assalamualaikum..

Hye semua-semua!!aku kembali sudah.Macam da lame lak aku xupdate blog ni.Aku pun da lame gak xb'facebooking,b'twet2.Kemalasan melanda diri,xrugi pun kan?ngeee..3,4,5 hari yang lepas,b'macam-macam jenis masalah yang aku t'paksa tempuh,kepala pun da nek ngok ngek.Kalau tengok muke aku,macam orang xde masalah pun,tapi dalam ni dalam ni sape yang tahu.Disebabkan kepala aku rasa macam nak pecah,sebelum pecah tu aku pegi la PANTAI IRAMA BACHOK untuk merilexkan kepala aku.hehehe.syokk habes.Mala dan tasya turut menyertai aku dalam kembara tersebut.(bapax la ayat) Aku rase da berzaman aku xhirup udara pantai.Masa g pantai haritu,rase macam jakun je,macam orang xpernah jumpe pantai,kesiankan??Sampaikan ramai yang usha panas je kitaorang,nak kate xpakai baju,elok je kami berbaju kurung,baju kurung tu,.'Nape g pantai pakai baju kurung??buang tabiat ke??'hello hello,kami pakai baju kurung sebab balik keje je terus melencong p pantai,ok?Ntah-ntah ramai yang tengok kami tu sebab pelik tengok kami pakai baju kurung p pantai,kan kan.hehehe.ape aku peduli itu.Tapi yang penting,aku rasa lega kuat-kuat sebab aku rasa macam bebas berlari gitu,ceewah!!:) Siap ngan main2 tulis nama kat pasir lagi,main kejar-kejar ngan ombak,macam dalam cerita Hindustan gitu.huhu..Kalau g pantai xsah kan kalau xmakan steambot??Kami hanya memilih makanan yang murah,di sebabkan purse kami dalam keadaan xsetebal purse anda..Kat bawah ni ade la beberapa keping gambar yang di rasakan cantik untuk tatapan mata..