Sunday, May 29, 2011

Musim kenduri datang lagi,aku resah!!

Assalamualaikum..

Sekarang dah start cuti sekolah.Budak-budak sekolah mesti seronok cuti-cuti sekolah ni,yer la boleh la diaorang tidur lambat malam tu,pastu pagi tu bangun lambat,tersangat la gembira.Aku faham sangat la,aku dulu pun budak sekolah gak,asal cuti sekolah je,mesti tak hengat dunia.Sebulan sebelum cuti sekolah tu dah mula menghitung hari.Memang tak teragak-agak bab-bab cuti ni.

Dalam masa dua minggu cuti ni,setiap pelusok jalan semua nak jem je,jalan short cut pun dah macam jalan biasa dah.Sesak dengan kenderaan-kenderaan empat roda,dua roda,dan lain-lain roda.Mana taknyer,orang Kelantan yang bermastautin kat luar negeri Kelantan semua balik kampung halaman.Ada jugak yang dah lama tak balik kampung tu sampai jalan one way pun dorang main lalu je.

Tak kisah la semua tu,yang aku nak sangat kisah ni,bila cuti sekolah,memang banyak sangat jemputan kenduri-kendara ni,lebih dua puluh rumah nak kena pegi. Kalau tak pegi,tak boleh plak,sebab rumah saudara-mara jugak,masa ni la nak ambil peluang nak kenal-kenal,nak beramah mesra katanya. 

Masalah besar plak,bila dah pergi kenduri,mesti nak makan.Aku dah la dalam proses menurunkan berat badan yang terlampau berat ni.Cuba kalau dalam masa satu hari tu ada tiga buah rumah nak kena pergi,tak kan tiga-tiga rumah tu nak makan.Nak tahan nafsu makan pun teramat la susah,yer la lauk-pauk kat tempat kenduri ni sedap-sedap belaka.Lagi-lagi lauk ayam pedas tu,memang aku makan sampai jilat jari la,lauk kegemaran aku tu.Macam mana la aku nak hadapi semua godaan makanan ni.




 -nyum nyum nyum!!!-

 -sedapnye-


 psst psst!!! :- Aku harap mental dan fizikal aku cukup kuat untuk menghadapi saat-saat genting tu nanti,tolong doakan aku yer..














Thursday, May 12, 2011

UFO la plak..

Assalamualaikum..

Mula-mula nak tanya,korang percaya tak UFO tu wujud?Macam mana la boleh keluar isu UFO ni.'Kalau tak ada angin,masakan pokok bergoyang',agak-agak boleh pakai ke peribahasa ni?Cuba pejam mata dalam 10 saat,kalau rasa kejap sangat,tambah lagi 10saat,so jadi 20saat untuk pejam mata,pastu bayangkan sejenak kalau UFO tu tiba-tiba mendarat kat kawasan rumah korang.Kalau yang tak ada rumah macam mana?Tak kisah la kan mana-mana kawasan pun,yang penting UFO tu mendarat depan mata korang,agak-agak lagi kan,apa reaksi korang?

Paling tidak pun korang akan ternganga lima puloh saat,pastu menjerit-jerit panggil mama,ibu,ummi,mummy,mak,semua jenis panggilan korang sebut,pastu korang menyorok belakang mak ko,konon-konon ko boleh rasa selamat.Dalam masa yang sama,mesti ada yang terperasan UFO tu ala-ala macam cerita CJ7.Ke ada yang tak pernah tengok cerita tu?alaa,yang binatang dia comel-comel tu,Stephen Chow belakon tu. Perut dah kecut,tapi ada hati berangan nak macam cerita CJ7 tu,apa daaa...huhuhu..tapi CJ7 tu cute kot,kalau ada depan mata,rasa nak tonyoh-tonyoh je muka dia,comel sangat.Aku rasa CJ7 ni anak kepada UFO kot,tak pun binatang peliharaan dorang.

Tak payah nak menghaprak sangat,sampai sini je,nanti ada plak yang duk fikir betul ke tidak UFO ni wujud,24jam la duk fikir macam mana nak buat kalau benda alah tu duk depan pintu rumah ko,pastu salahkan aku plak penyebab korang tak tidur,tak makan,mana taknya,duk fikir hal tak munasabah ni.hehe..


-rasa geramkan tengok muka CJ7 ni-


-bidaah je ni-;p


psst psst!!!:-
-tadi adik aku tanya mama aku,'macam mana yer kalau UFO tu ada',mama aku dengan selamba comelnya jawab,'adik pegi salam ngan dia'..(da tak boleh buat apa la kan,huhu)
-sebab tu la tetiba aku buat entri pasal UFO ni.;p
-Peace:)



Tuesday, May 10, 2011

Coolblog aje!!

Assalamualaikum..

Hari ini perut aku hampir terburai di sebabkan sepupu sepupu aku yang berkepala 'rokgek' belaka.Kalau dah  aku jumpa dua beradik ni memang tak lekang bibir menguntum senyuman manis.Nasib baik senyuman aku manis bak madu,tak ada la orang menyampah sangat tengok aku asyik senyum sahaja.Memang mimpi ngeri lah kalau dah jumpa dorang ni,pastu senyap je,memang tak la kan.

Semalam sepupu aku yang mempunyai nama timangan manja 'ADJENG' mesej aku mengatakan bahawa dia punya kakak (EYA) ajak aku pergi Tesco,katanya mahu beli ayam dan yang seangkatannya untuk buat tom yam.Lepas di akhir mesej tu,aku rasa macam rumah aku bergegar di sebabkan ada rasa kejutan melampau yang di buat oleh Eya.Sebelum ni aku tak pernah pernah dengar dia masak,tetiba dia nak  masak beb.huhuhu...Mahu tak excited aku.

Tadi dalam pukul 11am aku jemput dorang (Eya&Adjeng) kat rumah,pastu kitaorang ke Tesco.Awal- awal lagi dorang mintak aku belanja coolblog.Yer la aku kan kaya,bahagia dan berjaya,so dengan hati yang ikhlas aku belanja la dorang,bukan selalu,tapi acap kali.hahaha..aku memang jenis yang tak berkira,memang untung la dorang dapat sepupu macam aku ni.(sambil letak tangan ke dada dan mata ke atas).

Gambar-gambar kat bawah ni telah di ambil semasa kami sedang menikmati coolblog.Usha la,nanti kalau rasa teringin sangat,boleh la beli sendiri.

 -yang sebelah kiri ni la Eya-;)
 -yang ni plak Adjeng-
-Yang sebelah kanan tu sepupu kepada yang sebelah kiri-

# Eya- Choclate Oreo
#Adjeng- Epal with pearl
#Aku- Yogurt Strawberry

Ni entah yang ke berapa kali aku bercoolblog,sangat sakan tauu..

Sunday, May 8, 2011

Happy Mama's Day:)

Assalamualaikum..hye!!

Dah lama blog saya ni tak terhupdate kan.huhu.Hari ni genap 08.05.2011,selamat hari ibu kepada mama saya yang tercinta (NAZIMAH BINTI MOHAMED) dan kepada semua ibu-ibu.Saya sayang mama saya kuat-kuat,awak sayang mama awak tak? Entry kali ni saya taip khas untuk mama saya yang tersayang dan tercinta.

Terima kasih mama sebab :-

*Jaga saya dari kecil sampai sekarang.

*Kasih mama tak berbelah bahagi.

*Mama sayang semua anak-anak mama.

*Mama sabar melayan karenah anak-anak mama.

*Mama selalu masak sedap-sedap

*Mama tak pernah hampakan keinginan anak-anak mama

*Terima kasih mama sebab terlalu banyak sebab:)


Mama seorang yang sangat kuat,tabah dan cool.Mama,saya sayang mama sangat-sangat.,i love u so much mama.Terlalu banyak jasa mama,semoga Allah merahmati mama selalu.Ketahuilah anak-anak mama terlalu menyayangi mama.Mama bagai rembulan di hidup saya,bagai matahari yang menyinari pagi dan kehangatannya,mama bagaikan bidadari dalam hidup saya.Terima kasih mama. Mama bangun pagi esok saya nak peluk mama kuat-kuat,sila jeles Mohammad Farhan.
Selamat Hari Ibu mama.:) 


[my lovely mum,comel kan?]:)
-iloveusomuch-

[cute kan mama saya buat muka macam ni?]:)


psst psst!!!:
- muka mama saya macam saya,bukankah? 
-perasan tak entri kali ni perkataan 'aku' telah di tukar kepada 'saya'?
-sayangilah ibu anda sepenuh hati anda.:)