Saturday, February 12, 2011

Macam-macam ragam..

Assalamualaikum...

Selamat bahagia,selamat berhari-hari,selamat ceria semua.Entry kali ni 'macam-macam ragam',nak tahu kenapa?Kisahnya bermula begini,pada tanggal 11/02/2011 yang jatuh pada hari Jumaat,aku,mama serta adik aku pagi-pagi lagi dah gerak pergi Bachok,ada member papa aku buat makan sikit sempena Maulidur Rasul.Yang pergi pagi-pagi lagi tu cuz nak tolong apa yang patut.Tepat jam 12.30 t/hari,kami di hidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk,antaranya gulai daging lembu,singgan daging lembu,ulam-ulaman yang di makan bersama budu cap 'Budu Soho Klate',serta air sirap oren yang sememangnya melegakan anak tekak di kala cuaca panas hangat. 

Selepas menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap belaka,kami bertolak pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan,radio Hitz.fm kami layankan.Setelah sampai di Kubang Kerian,aku tengok ramai remaja-remaja lelaki yang berbaju melayu dengan pelbagai warna pelangi lepak di tepi-tepi jalan dengan motor masing-masing.Dalam hati aku ni dah mula cuak,aku ingatkan ada kemalangan ke apa ke.Aku ngan mama dan adik aku ada gak usha-usha sebelah kiri,kanan,takde lak kereta langgar motor ke,motor langgar kereta ke,motor langgar motor,kereta langgar kereta ke,dan seangkatan dengannya.Macam pelikkan?tapi time tu orang sembahyang Jumaat.Mama aku cakap dorang tak dengar khutbah ni,mana taknye,time-time macam tu bleh plak dorang lepak-lepak bagai.Sembahyang Jumaat tu tak tau la kan.Memang ramai la wa cakap lu time tu dorang ni kat tepi jalan,agak berbulu gak la mata aku sebab tengok macam-macam warna baju dorang.Jalan Kubang Kerian tu memang straight je jalan dia.Dah nak dekat ngan lampu isyarat tu,aku  mula perlahankan kereta sebab time tu aku drive dalam 80km/j.Tiba-tiba aku di peranjatkan dengan 'superman' sebelah kiri kanan aku,punya la cuak aku,ntah-ntah sayap die tu lekat kat kereta plak kan.Lepas pada tu,teka-teki dalam kepala aku,mama dan adik terjawab sudah.Rupa-rupanya mamat-mamat yang lepak kat tepi jalan ni memainkan peranan sebagai penonton aksi-aksi keras yang merbahaya.Selama ni memang tu la kerja dorang time orang sembahyang Jumaat,pakai baju melayu konon,mesti mak ayah dorang ingat dorang g sembahyang Jumaat kan,tapi hampeh.Mentang-mentang polis tak beroperasi waktu tu,dorang plak yang beroperasi.

*ni ada la gambar-gambar yang aku sempat snap walaupun tengah drive.:)





No comments:

Post a Comment