Friday, March 25, 2011

Sarapan Pagi Yang Memang Ummpph!!

Assalamualaikum...

Dua bulan yang lepas,aku selalu sarapan dengan makanan yang berat-berat.Pagi-pagi aku dah tibai nasik,pastu memang tak sah la kalau aku tak minum air milo ais yang aku beli kat warong Abe Li belakang ofis aku.Milo ais dia memang kaw kaw punyer,kalah kedai mamak.Tu yang membuatkan aku ketagih dengan milo ais dia.Dengan itu jugak la berat badan aku terlebih-lebih,lemak-lemak degil suka berkumpul di badan aku ni.

Pada suatu malam yang indah tu,sebelum tidur,aku usha-usha la gambar-gambar lama dalam handphone aku,tengok plak gambar aku time muda remaja yang kurus dan comel.Terdetik di hati kecil aku untuk jadi kurus lagi comel macam dulu.Dari situ la aku cuba untuk kawal pemakanan aku.Nasi aku juz makan satu kali sehari,sama ada aku makan tengah hari atau petang.

Untuk breakfast aku amalkan makan Nestle Fitnesse.aku makan Nestle Fitnesse ni dengan susu segar rendah lemak.Selalunya aku akan pilih susu segar Dutch Lady.Tapi sejak dua minggu yang lepas aku makan Nestle Fitnesse ni dengan susu Nesvita CalciPlus,sebab masa aku beli kali ke-3 tu kat pasaraya Billion dekat ngan rumah aku ni,dia bagi Nesvita CalciPlus ni sebagai free gift kalau beli Nestle Fitness ni,untung kan?dua kali gak aku sempat beli dapat free gift ni.Bagi aku Nesvita CalciPlus ni lagi sedap cuz dia ada rasa soya sikit.Tapi tak kisah la yang mana-mana pun asalkan dia RENDAH LEMAK.

Seperti biasa,kat bawah ni aku hidangkan dengan gambar-gambar yang aku sempat tangkap time aku breakfast.Cun lagi tau sebab time tu nak g kerja.Usha la,aku jamin korang tak kan sakit mata.:)


                 #muka tak sabar-sabar nak menikmati Nestle Fitnesse


                                       #kasi iklan sekejap(1)


                                            #iklan lagi(2)



                        #Sarapan pagi aku sejak 2bulan yang lalu:)


                                     #nyum nyumm!!!


#sebelum aku makan Nestle Fitnesse Honey and Almonds,aku try makan yang Nestle Fitnesse and Fruit dulu.Dua-dua sedap.:)

psst psst!!!:- 2 be model tu aku minum untuk turunkan berat badan aku.(my dear yang belikan)
               -catalyst virgin coconut oil tu aku makan untuk health suppelment

Wednesday, March 23, 2011

Baby Damia Punyer Kisah..

Assalamualaikum...

Dah nak masuk satu bulan dah ofis aku ada baby comel.Baby gurl ni di beri nama Damia Addini,nama panggilan Damia@Mia@Adik.Aku lebih selesa guna nama Damia,macam terlebih cute gitu.Actually Damia ni anak kak Lili,kak Lili baru je keje kat ofis ni,so Damia kena bawak g ofis jugak,sebab baby Damia still menyusu badan.Kak Lili ni anak Dato'(pengarah tempat aku praktikal sekarang-PRR Contruction).Kalau sesiapa yang ada tanah kat Kelantan,dan berminat nak buat rumah,boleh kasitau aku.Promote baek punyer..hehehee.

Sejak dua menjak ni jugak la aku selalu bangun awal nak g keje,takde la ambil masa yang begitu lama untuk menggeliat sebelum bangun tu,kiranya bunyi jam je aku terus bangun,takde sempatnya aku nak peram balik tidur tu.Nak tahu kenapa?sebab aku rasa macam excited nak g kerje nak jumpa baby Damia yang comel tu.Percaya tak?percaya la yer.

Boleh di katakan hari-hari jugak la aku dukung Damia ni,lagipun aku takde kerja sangat,dan masa aku takde kerja jugak la aku boleh main-main ngan Damia.Pada firasat aku kan,Damia ni cepat membesar la,mana taknya,masa first aku tengok tu kecik je lagi,sekarang da besar da,macam kejap je,da la makin lawa ..Macam biasa kat bawah ni ada la beberapa keping gambar aku ngan baby Damia,dua-dua sama lawa,kalau tak percaya jom usha kt bawah..:)








Comel kan?haaa,kan aku da kata,aku tak tipu punyer,bukan perangai aku suka tipu-tipu ni.hahaha...okey-okey,aku nak kasitau lagi yang baby Damia dah bertukar wajah,mummy dia da cukur rambut Damia,ada la sebabnye kan.Tapi nak tau tak,Damia makin gorgeous dengan rambut baru dia,baru nampak gurly sikit.Tadi aku tak sempat nak tangkap gambar,maklum la,busy sikit.Nanti-nanti la aku upload yer..confirm korang akan teruja nanti.hahaha..tungguu!!!!!

~psst psst!!kalau kak Lili tahu aku buat entry pasal anak dia,mesti die terharu kan??lalalala:)

Tuesday, March 22, 2011

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan..

Assalamualaikum....

Firstly aku nak tanya,ada tak sape-sape yang tak suka pada keindahan alam semulajadi?Kepada sesiapa yang tak suka,boleh la masuk bilik,duk atas katil diam-diam dan pekuk muka dengan bantal.Aku ni sejak akhir-akhir ni suka sangat tangkap gambar alam semulajadi,rasa macam ada kelainan gitu.huhu

Kalau la masa tu kepala aku tengah bengang ke,or something like that la kan,aku suka sangat tengok balik gambar-gambar tu,boleh buat jiwa ni tenang setenang air di sungai.ceewahhh!! Tapi kan,yang bahayanya,bila aku drive pun aku boleh lagi snap gambar,takut melepass.Gila kentang kan?

Last week aku ngan family aku pegi Kuantan,ade kenduri kawin,kawin lagi,memang musim orang kawin.Kepada sesiapa yang tak tahu,aku nak kasi tahu,kalau nak pegi Kuantan mesti lalu ikut K.Terengganu.Papa aku decide untuk ikut jalan pantai. Sepanjang perjalanan,suasana dia memang best(sambil tunjuk ibu jari) sangat,damai aman bahagia gitu,bawak kereta pun rilek je kan.Takde nak stress-stress bila orang potong kereta,selalunya kalau orang potong aku,aku potong dia balik.ahaha,.

Time syok drive,kepala layan lagu,sambil mencuci mata ngan keindahan semulajadi,aku capai handphone aku yang masa aku beli tahun 2007 dengan harga mencecah rm1500 tu,aku ambik gambar banyak-banyak,aku guna sebelah tangan je,kalau dua-dua tangan nak pegang handphone tu memang tak la kan.(macam banyak melalut)Pasal handphone tu korang baca sambil tutup mata sebelah erk..

Kat bawah ni ade beberapa cebis gambar yang aku rasa cantik sangat walaupun aku tangkap guna handphone..hohooo.


[entry kali ni aku penuhi dengan gambar-gambar,layannn!!!!]

















Sunday, March 13, 2011

Hari Mingguku..:)

Assalamualaikum..

Hyep!!rasa macam dah lame plak aku tak update blog ni.Minggu lepas asyik tido awal je,kalau berfacebooking pun kejap je,tak sempat nak bukak blog.Pagi-pagi ni rasa macam rajin plak nak update,maklum la dalam ofis yang nyaman ni,dalam masa yang sama cuaca kat luar tu macam kat Genting Highland,jadi tangan aku rasa macam gatal-gatal sikit nak menaip,yer la da lame tak praktis menaip ni.Berbalik kepada entry aku kali ni,aku nak story sikit apa aktiviti aku masa Jumaat Sabtu tu.

Pada hari Jumaat yang ceria tu,aku pergi mengisi perut aku kat rumah member aku,Rosmala Mamat(Rosmat),rumah dia ada buat majlis kesyukuran sempena abang dia kahwin.(psst!!psstt!!isteri abang dia lawa kot,macam pelakon indon dalam sinetron kat TV3 tu) Aku g ngan adik aku pastu member satu ofis.Lauk-pauk yang disediakan memang best tahap dewa,hampeh diet aku,mana taknye,satu pinggan ayam tu aku sorang yang tibai,dengar-dengar Mala sendiri yang masak.Sebelum ni aku tak pernah rasa die masak,first time kut aku makan masakan dia.huhuhu.Menyesal lak aku tak ambik gambar,kalau korang tengok confirm basah mulut.ehehee.Tu untuk hari Jumaat je,untuk hari Sabtu plak sila baca kat bawah.;p

Hari minggu ni kerja aku pergi makan rumah orang je tau.Musim orang kahwin katanya.Hari Sabtu tu plak aku pergi kenduri kawin kakak kat ofis aku,kali ni jauh sikit,ambik masa 2jam gak untuk sampai kat tempat yang tujui.Adik aku tak join,aku gi ngan kawan tempat ofis gak,nak mention nama dorang lah,bleh?hhehe,aku g ngan Nik dan Tasya.Kami pergi naik kereta Viva Elite Nik yang comel tu.(terima kasih Nik sebab tak ambik duit minyak).Sebenarnya rasa segan jugak,gi jauh-jauh tumpang kereta orang,tapi tuan punya kereta tak nak ambik duit minyak.Nak buat macam mana kan?sekali lagi aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Nik.Sayang Nik kuat-kuat.:)

Sepanjang perjalanan hujan je memanjang,rasa sejuk die tu macam pasang air-cond 16 celcius gitu.Nasib baik kami tak beku dalam kereta.Dalam masa yang sama perut masing-masing dah berkeroncong,malas la nak cakap bunyi lagu apakan.Sampai je kan,kan,kan,duduk kejapp je terus turun makan,tak tahan lapar.huhu..lauk lauk die pun memang tak kurang hebatnya,kalau boleh nak tibai 2pinggan nasik,tapi malu plak nak tambah.huhuhu.(nasib baik diet tak hancur)

Sesudah menjamu selera tu,tengok-tengok jugak dorang bersanding,tapi tak nengok lama-lama,nanti tak pasal-pasal balik rumah aku mintak nak kawin jugak,bleh naik pening mama papa aku.ehehehee.Tepat jam 3.30pm kami bertolak pulang.macam skema plak ayat last tu.abaikan yer..;)

Usha-usha sikit..


                                         (Cik Ngah    K'Nin) 

                                                                              
                     
                                                         Macam Genting Highland kan??




squeeze:-dalam perjalanan nak pergi kenduri tu,tak semena-mena mata ni tengok benda blueberry yang di  aksikan oleh sorang PEREMPUAN yang hanya memakai br_ time drive sambil tersengih-sengih.Tak faham aku.huhuu. (^___^)

           











Saturday, March 5, 2011

Kedamaian..

Assalamualaikum..

Holla!!di malam yang hening ni,jejari aku yang manis ni macam menggeletar je,rupa-rupanya jejari aku ni mintak aku update blog ni..ngade kan?pantas plak tu jari ni menaip.Malam ni aku nak story sikit pasal semalam punyer hal.Suspen x?petang semalam aku kuar ngan member-member aku yang comel-comel belaka,empunya diri tu ialah Erniey,Rozila dan Asmat.Dah lama sangat tak kuar ngan Rozila ngan Asmat ni,maklum la dorang sibuk ngan karier masing-masing.Ngan Erniey ni da selalu sangat jumpa,malam dua hari lepas da lepak Hayaki Cafe,kalau tak dapat date pun,terserempak kat cabang tiga Jalan Long Yunus tu pun jadi la kan.

Tempat yang menjadi pilihan kami berempat ialah Pantai Cahaya Bulan.Kalau pergi pantai tak sah la kan kalau tak bagi perut yang cute ni makan steambot.Petang tu kami pilih gerai no.2 (tak best/salah pilih gerai) Selepas sessi menjamu selera,kami jalan-jalan la kan kat tepi pantai tu.Kalau keluar memang tak biasa la tak tangkap gambar,rasa macam tak best sangat,betul tak?Kami sempat la berpozing dua tiga empat kerat.

Tepat jam pukul 7.10pm,kami bertolak pulang (skema je ayat),tapi sebelum tu kami sempat lagi singgah kat gerai Mak Cik Siah untuk menghabiskan duit beli kacang rebus dan jagung kuning manis.(bukan ke jagung memang warna kuning ke?)huhu.abaikan..Kat bawah ni ada la beberapa kerat gambar untuk di sentap.

(malam ni memang straight to the point je...layannn!!!!!!)










  • Sekian terima kasih:)

Thursday, March 3, 2011

xcukup,okey?

Assalamualaikum..

Selamat sejahtera,selamat tidak putus asa.Amacam harini okey tak semua?semoga kita sama-sama jalani hidup dengan gumbira sambil tepuk-tepuk tangan,tak mau monyok-monyok macam kucing tak dapat ikan.Pernah tak dalam hidup korang,korang rasa tak puas hati ngan sesuatu bende tu,macam tak cukup je,nak lebih lagi,ade tak?erm,aku pun sama sebenarnya,memang majoriti ramai yang berperasaan sebegitu.Contoh la kan,time tu korang nak sangat dapat kereta,nak rasa drive sendiri,taruk minyak sendiri,nak bagi kereta tu cantik.Memang siapa-siapa yang baru dapat kereta,aku rasa kereta tu tak sempat kotor pun da sibuk nak basuh.

Tu contoh je,yang aku nak gtau sekarang,pasal rasa tak puas hati tadi,macam ni,time tu korang da ade la kereta tu,contohnye lagi time tu korang da pakai kereta satria,mak ayah korang beli yang second hand punyer,yer la kan,satria lama mana ada keluaran baru,pastu bile korang tengok member korang pakai satria NEO,korang mula la meronta-ronta nak pakai satria NEO plak.Tu contoh la,maybe korang pakai myVI,VIVA,kancil dan sebagainya.Tapi bila da dapat,mesti nak yang lebih lagi,tak sampai dua tahun plak tu.Korang ade tak perasaan macam tu?kalau korang macam tu,apa yang korang buat erk??


Wednesday, March 2, 2011

Kebahagiaan :)

Assalamualaikum..

Selamat berbahagia,selamat ceria,selamat daripada kekusutan.eheehe.Aku sekarang triple bahagia,maklum la aku punye pakwe cuti mid sem sekarang ni,so dia ada kat rumah sekarang,untuk 3 4 hari ni,aku bley lunch ngan dia.heehee,jangan jeles yer.Semalam aku happy giler,giler pun tak hapy macam aku.:) Mana taknye,aku bley jumpa pakwe aku,da lame sangat tak jumpa,rindu pun da macam bukit da.

Tapi orang kata,lau duk jauh ni lagi best sebab nanti rindu tu berketul-ketul.Betul ke?aku memang tak boleh la nak jauh-jauh ni,banyak dugaan.uhuhuu.Tu baru KL ngan KB.Macam member aku yang nama aten ni,pakwe die keje Singapore,macam mana la dorang tanggung rindu tu.hope everything will be okey.insyaAllah.

Untuk 3 4 hari ni jugak,aku nak ambil peluang untuk breakfast,lunch ngan pakwe aku yang comel ni.Pasni bulan 4 la plak bley jumpa,lama tuu.gile nak tahan rindu..huhuhu.aku harap aku tak jadi gile la kan.Aku kene sabar,redha,lagipun aku jugak yang mintak die sambung study,aku tak nak orang lain pandang rendah kat die.Faham-faham la kan orang sekarang ni macam mana.Susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.:) betul x?


# comel kan?? :)